Rozie Rashid

Roziwati Mohd Rashid, atau lebih dikenali sebagai Rozie Rashid (lahir 9 Februari 1969) merupakan seorang pelakon dan penulis skrip Malaysia. Beliau dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Gubra arahan Yasmin Ahmad (kini Allahyarham) di Anugerah Skrin ke-8.[1]Sejak 2010, beliau banyak menulis skrip untuk drama TV. Rozie berkahwin sebanyak dua kali dan mempunyai enam anak dari kedua-dua perkahwinan tersebut.

Rozie Rashid

Pekerjaan Pelakon, penulis skrip
Pasangan
  • Norhan Mahmud (bercerai)
  • Ijam Medicine (bercerai)
Tahun aktif 1989–kini
Anak 6
Kelahiran Roziwati binti Mohd Rashid
(1969-02-09) 9 Februari 1969 (umur 50)
Kuala Lumpur, Malaysia